Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri leceh, lepas lahir anak tak mahu seks. Suami rela ‘bersetubuh’ dengan patung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri leceh, lepas lahir anak tak mahu seks. Suami rela ‘bersetubuh’ dengan patung

Lelaki Jepun mula jatuh cinta dengan patung asmara bagi melayan perasaan dan juga keinginan seks mereka.

Masayuki Ozaki menidurkan patung silikon yang dicintainya Mayu di sebuah hotel asmara di Yachimata, Chiba pada 13 Jun 2017. — Foto AFP

Setiap tahun, kira-kira 2,000 patung bersaiz manusia dengan harga US$6,000 (RM25,758) dijual di negara itu, lapor AFP.

Masayuki Ozaki, 45, tergoda dengan patung silikon, dipanggilnya Mayu, setelah isterinya tidak lagi mengadakan seks selepas melahirkan anak.

“Sewaktu terpandang sahaja Mayu di ruang pameran, ia ibarat cinta pandang pertama,” kata ahli fisioterapi itu, malu-malu.

Beliau membawa patung itu keluar temu janji di atas kerusi roda, dan memberinya pakaian seksi, rambut palsu dan barang kemas.

Isterinya berang pertama kali melihat Mayu dibawa pulang ke rumah, sementara anak gadisnya pula menganggap ia tidak senonoh.

Namun Riho terpaksa beralah juga dengan kerenah suaminya, sementara anak mereka sudah sedia berkongsi pakaian Mayu.

“Wanita Jepun tiada perasaan,” kata Masayuki ketika ditemubual sambil membawa berjalan kekasihnya itu di tepian pantai.

“Mereka pentingkan diri sendiri. Lelaki mahu seseorang tempat mengadu tanpa banyak membebel apabila mereka pulang setelah penat bekerja.”

Teknologi pula memajukan lagi rekaan patung asmara berbanding ciptaan tahun 1970-an yang diisi dengan angin.

“Patung kini sungguh asli dan rasanya macam anda menyentuh kulit manusia,” kata Hideo Tsuchiya, pengarah urusan syarikat pembuat patung Orient Industry.

Patung asmara menjadi kegilaan di kalangan pelanggan yang kurang upaya, duda dan juga penagih patung mainan.

Ada lelaki memilih patung untuk mengelak hati terluka akibat kecewa cinta.

“Manusia terlalu mendesak,” kata Senji Nakajima, 62, dengan manja memandikan kekasihnya Saori. Foto patung ini menghiasi dinding kediamannya.

“Hati saya cair apabila pulang bertemu Saori. Ia tidak pernah mengkhianati saya, ia menghilangkan semua keresahan saya.”

Namun ahli perniagaan beranak dua itu berdepan cabaran hebat. Isterinya tidak mengizinkan patung itu dibawa pulang ke rumah mereka.

“Anak lelaki saya boleh menerimanya tetapi anak perempuan saya tidak dapat menerimanya,” kata Senji, yang mengenakan pakaian dalam seksi untuk Saori.

Bagaimanapun beliau enggan mengalah pada tuntutan isterinya. “Saya tidak mahu merosakkan apa yang saya nikmati bersama Saori,” tambahnya.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Isteri leceh, lepas lahir anak tak mahu seks. Suami rela ‘bersetubuh’ dengan patung

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suNlMM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.