Pusat Tahanan PATI Dijangka Sesak
Operasi besar-besaran Jabatan Imigresen untuk memburu dan menangkap kira-kira 1.1 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal mendapatkan Enforcement Card (E-Kad) menimbulkan persoalan apabila pusat tahanan imigresen di seluruh negara hanya boleh memuatkan kira-kira 36,300 orang pada satu-satu masa.
Angka itu cuma meliputi 3.3 peratus daripada jumlah keseluruhan PATI yang belum memohon E-Kad yang tamat tempoh permohonannya kelmarin sejak ia dilancarkan pada 15 Februari lalu.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya akan memastikan proses penghantaran pulang PATI dilakukan segera bagi memastikan depot tahanan tidak sesak.
Menurut beliau, pihaknya telah mengisytiharkan pelaksanaan Hari-Hari Operasi bagi memastikan negara bebas daripada PATI.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txCp0A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment