Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Lelaki Berusia Enam Hari Ditemui Mati Di Dalam Perigi Sedalam 20 Kaki, Disyaki Dibunuh Oleh Ahli Keluarga Sendiri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Lelaki Berusia Enam Hari Ditemui Mati Di Dalam Perigi Sedalam 20 Kaki, Disyaki Dibunuh Oleh Ahli Keluarga Sendiri..

Mayat bayi

JASIN – Seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati di dalam perigi sedalam 20 kaki, disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri di Kampung On Lok, Batang Melaka, di sini, malam tadi.

Mayat bayi sempurna fizikal dan masih berbalut kain lampin putih itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Balai (BBP) Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi itu dilaporkan hilang jam 7.45 malam kelmarin oleh bapa mangsa yang hadir ke Balai Polis Batang Melaka.

Katanya, susulan laporan itu, siasatan lanjut dilakukan, namun terdapat keraguan mengenai kesahihan kehilangan bayi itu.

“Pada awalnya, kita mengklasifikasikan kes ini sebagai orang hilang, namun terdapat keraguan mengenai bayi ini hilang.


“Berdasarkan laporan yang dibuat, kali terakhir bayi berkenaan dilihat sedang tidur di dalam bilik bersama ibunya pada jam 6.30 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Arshad berkata, pihak polis, termasuk pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat daripada jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihaknya menahan enam suspek, termasuk ibu dan bapa bayi itu.


“Mereka dijangka direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya. – BH ONLINE

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSOMjX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.