Hi! Welcome Back and Stay Tune! '‘Belum Sempat Bertahan Lama, Dah Kena Halau’'.Ibu Lima Anak Berniaga Nasi Lemak Di But Kereta Akan Cuba Buat Permohonan Mendapatkan Permit Perniagaan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'‘Belum Sempat Bertahan Lama, Dah Kena Halau’'.Ibu Lima Anak Berniaga Nasi Lemak Di But Kereta Akan Cuba Buat Permohonan Mendapatkan Permit Perniagaan..


“Saya akan cuba buat permohonan mendapatkan permit perniagaan, Isnin ini, supaya kami berniaga secara sah,” kata Nur Ain Kadir, 30, peniaga nasi lemak but kereta dekat stesen minyak, di Ampang.

Kisah kegigihan Nur Ain yang berniaga nasi lemak sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang berada dalam kendongan tular di laman sosial sebelum ini.


Ibu lima anak berusia satu hingga 13 tahun itu berkata, sebaik perkara itu tular, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghalangnya berniaga, pada kira-kira 5 petang semalam.

“Saya baru buka but kereta. Orang ramai tak sempat beli pun lagi, tiba-tiba datang penguat kuasa MPAJ minta saya beredar dari kawasan itu.


“Akur dengan arahan itu. Saya pun beredar dan berpusing di kawasan sekitar sehinggalah terjumpa kawasan dekat hospital di Ampang dan berniaga di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia mengakui kesalahan dilakukan dan akan cuba membuat permohonan permit perniagaan secepat mungkin.


“Begitupun, saya bersyukur kerana pemilik stesen minyak dekat lokasi saya berniaga minta saya hantar nasi lemak setiap pagi,” katanya. -Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tNuIjJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.