Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reaksi Tuk Ti Tentang Siti Shower dan Pembaca Berita Iras Wajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reaksi Tuk Ti Tentang Siti Shower dan Pembaca Berita Iras Wajah

Sejak akhir-akhir ini ramai pula yang dikaitkan sebagai klon penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.
Bermula dengan penyampai berita RTM yang punyai raut wajah seperti Siti, kini industri hiburan dikejutkan lagi dengan kemunculan seorang pelajar MRSM yang miliki suara sama sepertinya.

Melihat similarity yang ada di antara mereka, Kakigosip tidak ketinggalan untuk mendapatkan respons dari penyanyi “Biarlah Rahsia” ini.

“Saya rasa perkara ini menjadi perhatian dengan adanya media sosial pada masa ini dan apa juga perkara boleh menjadi viral. Kalau diperhatikan sejak saya menjadi artis, memang sudah ada di kalangan mereka yang bersuara, berwajah atau gaya miripsaya. Bagi saya ini kelebihan dan anugerah masing-masing,” jelas Siti.

Teringin melihat bagaimana reaksi Siti apabila bertemu kedua‘klon’ ini, dia memberitahu sangat terbuka untuk bercerita tentang pengalaman mereka.

“Saya tahu bukan saya saja yang mempunyai peminat atau masyarakat yang mirip dari segi wajah atau suara, walaupun ada juga artis lain.

“Jika ada peluang atau terjumpa di mana-mana, saya tidak kisah untuk bercerita pengalaman mereka. Saya menghargai bakat dan anugerah yang ada pada setiap orang,” katanya lagi.

Sempat bergurau, Siti kongsi rasa teruja untuk berjumpa dengan jelmaan yang hampir 100% sama dengannya jika ada.

“Kita lihatlah nanti, mana tau ada persamaan yang baru. Pelanduk dua serupa ni biasa kita dengar dan juga yang mempunyai suara yang sama, cuma mungkin jelmaan yang hampir 100 peratus belum jumpa lagi. Ada ke? Mana tau kan?,” usiknya.

Amboi sempat lagi Tuk Ti bergurau. Apa pun kami pun turut teruja jika apa yang dikatakan oleh Tuk Ti itu benar-benar berlaku.

The post Reaksi Tuk Ti Tentang Siti Shower dan Pembaca Berita Iras Wajah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eXONRR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.