Guru lebam pipi ditampar suami gara-gara cara hidangkan makanan kepada anak-anak
SIBU,30 Julai (Bernama) –Seorang guru wanita berusia 35 tahun lebam di pipi kiri selepas ditampar suami di rumah kediaman mereka di Jalan Bruang di sini malam tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku 11.30 malam selepas pasangan itu bertengkar berkaitan cara mangsa menghidangkan makanan kepada anak-anak mereka.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah, suspek telah mencekik mangsa dan menamparnya tiga kali di pipi kiri sehingga menyebabkan lebam sebelum melarikan diri.
“Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit yang tidak bekerja dan dipercayai seorang penagih dadah,” katanya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pengusaha gerai makanan di Sibu Jaya menjadi mangsa rompakan berkumpulan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali kira-kira pukul 1.40 pagi hari ini…..
Sumber: Bernama
Sumber Guru lebam pipi ditampar suami gara-gara cara hidangkan makanan kepada anak-anak
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTM8iO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment