Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan timbalan perdana menteri boleh menghadapi tindakan undang-undang yang serius, termasuk dipenjara kerana kenyataan mereka berhubung keputusan mahkamah rayuan mengenai anak tidak sah taraf.

Bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram berkata, JPN dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dianggap melakukan penghinaan terhadap mahkamah.

“Pendakwa boleh memohon mahkamah untuk menghukum mereka yang menyinggung dan menghina mahkamah. Jika penghinaan itu serius dan disengajakan, hukuman biasanya adalah hukuman penjara,” kata Sri Ram kepada Malaysiakini.

Mahkamah rayuan pada Khamis lalu memutuskan bahawa seorang anak yang dilahirkan di luar nikah boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapanya.

Mahkamah juga memutuskan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

JPN bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneruskan penasaban anak tidak sah taraf orang Islam seperti “sedia ada” dan sebarang pindaan terhadap pelaksanaan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan mahkamah persekutuan diperoleh.

“Penghakiman, dalam kes ini, telah dirayu, tetapi rayuan tidak menyebabkan penangguhan pelaksanaan. Jadi pihak yang menerima perintah itu wajib untuk mematuhinya.

“Kenyataan oleh JPN bahawa ia tidak akan mematuhi perintah mahkamah rayuan bukan sahaja salah kerana kedegilannya tetapi juga menghina mahkamah,” kata Sri Ram.

Zahid, semalam berkata umat Islam mesti bersatu kerana tidak mahu keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dicabar mana-mana pihak, sama ada dari ‘individu atau sistem perundangan lain’

“Jika pernyataan yang dikaitkan dengan timbalan perdana menteri itu adalah tepat, maka ia juga merupakan penghinaan yang serius terhadap mahkamah,” kata Sri Ram.

 

Sumber: MK



Sumber Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNCLhK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.