Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan kenakan syarat, Pemandu GrabCar dan Uber mahu berhenti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan kenakan syarat, Pemandu GrabCar dan Uber mahu berhenti

RAMAI pemandu GrabCar dan Uber bercadang tidak mahu meneruskan kerja dalam perkhidmatan e-hailing lagi selepas kerajaan bakal mengawal selia dan mengenakan beberapa syarat yang perlu mereka patuhi.

Pemandu GrabCar, Uber mahu berhenti

Antara syarat dikenakan terhadap pemandu GrabCar dan Uber ini ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan, segala syarat-syarat dikenakan kepada pemandu teksi, kini akan turut terpakai kepada pemandu kenderaan e-hailing.

Pengendali perkhidmatan itu diberi tempoh sehingga setahun untuk memenuhi syarat ditetapkan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.

Berbanding ketika ini, semua pemandu GrabCar dan Uber tidak dikenakan sebarang syarat kecuali hanya perlu mendaftar dengan syarikat melalui aplikasi disediakan.

Menurut pemandu GrabCar dikenali sebagai Tan ketika memberitahu Sin Chew Daily, sama ada perlu membeli insurans, pemeriksaan kenderaan ataupun pemeriksaan kesihatan, semuanya memerlukan kos yang agak banyak.

“Banyak perbelanjaan perlu disediakan bagi memenuhi syarat dikenakan kerajaan. Saya tidak pasti perlu memandu berapa jam, baru boleh dapat balik kos yang telah saya bayar ini.

“Saya rasa kalau kerajaan kenakan syarat ini, mungkin ramai pemandu GrabCar dan Uber akan berhenti selepas ini,” katanya.

Apabila undang-undang tersebut dikuatkuasakan kelak, Malaysia turut mencatatkan sejarah sebagai negara pertama mengawal selia perkhidmatan e-hailing sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam sah di sisi undang-undang.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kerajaan kenakan syarat, Pemandu GrabCar dan Uber mahu berhenti

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNfxbn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.