Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jarang dalam persidangan Umno ada orang pas. Man.. ini satu kejayaan” – Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jarang dalam persidangan Umno ada orang pas. Man.. ini satu kejayaan” – Najib

Kehadiran Anggota Jawatankuasa PAS Lipis Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini hari ini mencuri perhatian anggota Umno termasuk  presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang hadir bagi merasmikan persidangan itu.

Datuk Seri Najib Razak menerima ucapan terima kasih daripada Pesuruhjaya PAS Kuala Lipis yang juga Imam Masjid Tempoyang, Mahyuddin Ghazali (dua, kiri) atas sumbangan yang diterima sempena Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis ke-29 hari ini. — Foto Bernama

Najib yang dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin PAS tempatan itu berkata belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS datang ke majlis perasmian mesyuarat Umno.

“Jarang dalam persidangan Umno ada orang pas. Man … (Ketua Umno Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Difahamkan Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang menerima peruntukan RM1.5 juta diumumkan Najib, untuk membaik pulih masjid kampung berkenaan, selepas menerima permohonan daripada Abdul Rahman.

Selain itu, Najib turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas untuk kegunaan Hospital Lipis.

​​​​​​​Sementara itu, Najib menganggap lawatannya ke Lipis seperti  balik kampung kerana di sinilah beliau dilahirkan 64 tahun lalu.

“Rasa terharu lagi tersentuh hati apabila beberapa perwakilan bersalaman dan sempat ucapkan ‘selamat pulang Datuk Seri’. Memang tidak ada tempat lain yang akan sebut ayat itu kecuali di Lipis kerana di sinilah saya rasakan memang ke kampung.

“Kira-kira 64 tahun lalu pada 23 Julai di sebuah rumah Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius, bermulalah perjalanan insan bernama Najib Razak yang kini jadi Presiden Parti Umno dan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.—Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber “Jarang dalam persidangan Umno ada orang pas. Man.. ini satu kejayaan” – Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v8CgS5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.