Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Perempuan Keluar Jumpa Kenalan WeChat, Akhirnya Dirogol Lima Lelaki Bergilir-gilir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Perempuan Keluar Jumpa Kenalan WeChat, Akhirnya Dirogol Lima Lelaki Bergilir-gilir


POLIS menahan lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun kerana dipercayai merogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun di bangunan usang di Manggatal, Kota Kinabalu, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 3 petang, selepas mangsa dibawa oleh lima rakan lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu.

"Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.

"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya, hari ini.

Chandra berkata, sebaik tiba di bangunan usang itu mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa baring di lantai.

"Mereka kemudian berbual-bual dalam masa 2 hingga 3 minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.

"Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, semua lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam selepas laporan diterima 26 Julai lalu.

"Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos depan," katanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. Sehubungan itu, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membiarkan anak terutama perempuan berjalan seorang diri bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa rogol," katanya.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uKs7dk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.