Hi! Welcome Back and Stay Tune! BIAR ‘KEPALA JENTERA’ JADI CALON PILIHAN RAYA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BIAR ‘KEPALA JENTERA’ JADI CALON PILIHAN RAYA

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta pemimpin atasan parti itu memberi keutamaan kepada pemimpin di peringkat bahagian untuk dipilih sebagai calon.

Kata Jamal ia kerana ‘kepala’ di peringkat bahagian adalah orang yang bertanggungjawab menggerakkan jentera parti bagi menghadapi pihak lawan.

Mengakui enggan bercakap untuk menggembirakan pimpinan, Jamal berkata, apa yang dinyatakan itu boleh dianggap sebagai suatu amaran.

“Saya tak mahu bercakap untuk menyedapkan hati pemimpin-pemimpin kita.

“Ini satu amaran kepada pucuk pimpinan, supaya dalam pemilihan calon-calon akan datang, mereka haruslah memberi keutamaan kepada kepala jentera di peringkat bahagian.

“Kerana kepala jentera inilah kunci untuk menggerakkan jentera tempur pilihan raya akan datang,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pandan di Ampang, hari ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada 7 Julai lalu menyatakan keputusan meletakkan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang tidak semestinya mempunyai jawatan di peringkat bahagian.

Menurut Ahmad Zahid, keutamaan parti ialah, seseorang calon itu mesti disukai ramai dan berpeluang besar untuk menang mengatasi pihak lawan.

Malah kata Ahmad Zahid, kriteria berdasarkan kedudukan di peringkat yang digunakan sebelum ini sudah terlalu lama dipakai.

“Sekarang calon itu mesti diterima ramai walaupun mereka tidak mewakili kepimpinan di peringkat bahagian.

“Kalau kita lihat ada mana-mana perwakilan dari sesuatu bahagian yang digemari ramai dan boleh menang, jangan terkejut jika seseorang yang tidak ada sebarang jawatan (dalam parti) dicalonkan,” katanya di Batu Pahat, Johor.

Kata Jamal, jika ‘kepala jentera’ itu tidak mendapat tempat atau berasa dikhianati, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya pengkhianatan itu bukan dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti sebaliknya “sesetengah orang” yang menggunakan saluran tertentu bagi melobi pihak atasan.
“Akhirnya orang yang kita tak pernah kenali menjadi calon sama ada diperingkat parlimen atau dewan undangan negeri,” katanya.

Jamal juga mengingatkan pimpinan Umno supaya jangan hanya pandai menyuruh ahli parti tetap setia, tetapi akhirnya apabila tiba masa pemilihan calon, mereka yang ada di peringkat bahagian diketepikan.

“Kita berharap pucuk pimpinan parti lebih berhati-hati dalam memilih calon untuk PRU akan datang,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNIRkw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.