Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Beli Topup Prepaid Murah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Beli Topup Prepaid Murah


Cara Beli Topup Prepaid Murah. Kad prepaid adalah satu keperluan bagi mereka yang menggunakan plan telco prepaid. Jika anda duduk di kawasan kampung, ada kedai yang mengenakan cas sehingga RM0.50 untuk setiap pembelian kad prepaid. Ini bermakna harga TopUp RM30 adalah RM30.50.

Ini realitinya.

Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk anda membeli TopUp dengan harga yang lebih murah. Diskaun diberikan sehingga 8.5%

Ini bermakna setiap TopUp RM10 yang anda beli, anda akan dapat diskaun RM0.85. Dan jika anda beli TopUp RM30, anda akan dapat diskaun RM2.55.

Lebih jimat.

Anda tak perlu jadi agen topup untuk membeli topup dengan harga yang lebih murah.

Cara yang saya maksudkan adalah dengan menggunakan Shopback.

Shopback adalah laman web yang memberikan kita cashback setiap kali kita membeli secara online melalui laman web Shopback.

Shopback menyenaraikan lebih daripada 500 laman web pembelian online yang mana kita boleh menikmati cashback. Antara laman web yang tersenarai adalah Lazada Malaysia, Aliexpress, Taobao, Zalora dan lain-lain lagi. 

Jika anda nak beli topup, anda perlu tekan di bahagian Mobile Reloads pada Shopback dan anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah.


Pilih jenis topup yang diperlukan dan anda akan dibawa ke laman web Lazada Malaysia. Pilih nilai yang anda perlukan.

Jika anda pengguna baru di Lazada Malaysia, nilai cashback yang anda akan terima adalah sebanyak 8.5%. Tetapi jika anda pernah membeli di Lazada Malaysia, anda akan diberikan cashback sebanyak 3.5%. 

Tidak kira anda dalam kategori yang mana, anda tetap dapat berjimat. Anda juga boleh menjual topup kepada orang lain hanya dengan menggunakan Shopback dan Lazada Malaysia.

Tapi jangan salah faham..

Cashback akan dimasukkan dalam akaun Shopback anda. Semasa membuat bayaran di Lazada, anda perlu buat bayaran penuh kepada Lazada. Maksudnya jika anda beli Topup RM30, anda perlu bayar RM30 kepada Lazada. cashbak yang diterima (8.5% atau 3.5%) akan masuk terus ke dalam akaun Shopback. 

Kita boleh keluarkan duit yang terkumpul dalam akaun Shopback apabila telah mencapai nilai minimum RM10 dan juga telah sampai tempoh matang.Tempoh matang biasanya  antara 1- 3 bulan. Sebagai contoh, anda boleh lihat gambar di bawah.


Pada saya, menggunakan Shopback adalah satu perkara yang sangat baik kerana anda dapat lebih penjimatan dalam setiap pembelian anda. 

Jika anda nak beli topup murah atau membeli apa sahaja secara online dan mendapat cashback. Sila daftar secara percuma di Shopback - Daftar

Nak lihat lebih jelas tentang Shopback, boleh tonton video di bawah.






✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0Dizf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.