Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas sebulan lebih koma, pelajar tahfiz terlibat kemalangan ngeri kini sudah mampu mengalirkan air mata bila disapa ibunya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas sebulan lebih koma, pelajar tahfiz terlibat kemalangan ngeri kini sudah mampu mengalirkan air mata bila disapa ibunya

KOTA BHARU – Setelah koma lebih sebulan, satu-satunya pelajar tahfiz CT-One Islamic Centre, yang masih dirawat di hospital akibat kemalangan van di Kuala Krai, mula menitiskan air mata tatkala disapa ibu bapanya sejak Jumaat lalu.

Selepas sebulan lebih koma, pelajar tahfiz terlibat kemalangan ngeri kini sudah mampu mengalirkan air mata bila disapa ibunya

Selepas sebulan lebih koma, pelajar tahfiz terlibat kemalangan ngeri kini sudah mampu mengalirkan air mata bila disapa ibunya

Muhammad Faiz Hafizzudin Mohd Izahir, 17, yang kini berada dalam keadaan separuh sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengalirkan air mata apabila mendengar suara ahli keluarga dan juga insan dikenalinya.

Muhammad Faiz Hafizzudin atau lebih mesra dengan panggilan Angah kerap juga membuka mata dan menggerakkan mulut seakan mahu meluahkan apa dirasakan namun apakan daya tiada kudrat lagi untuk berkata-kata.

Bapanya, Mohd Izahir Kassim berkata, dalam keadaan sebegini dia selalu memberikan kata-kata perangsang kepada anak keduanya itu untuk reda dengan ujian Ilahi dan kuatkan semangat.

“Saya selalu bisik, abah, ummi, abe long dan adik-adik sentiasa doakan untuk angah. Kami rindukan suara angah membaca al-Quran. Bila kata begitu air mata dia mengalir.

“Dia faham apa yang kami cakap. Mata dia berkelip-kelip laju, mulut dia bergerak-gerak mahu katakan sesuatu namun tiada suara yang kedengaran,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Muhammad Faiz Hafizzudin antara tujuh yang terselamat dalam kemalangan membabitkan 14 pelajar tahfiz berkenaan di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, di Telekung pada 2 Jun lalu.

Sementara itu, pelajar tahfiz berkenaan juga turut menerima kunjungan daripada Pengasas tahfiz berkenaan, Datuk Adnan Hashim  bersama isterinya, Datin Azizah Ibrahim.

“Saya sebut di telinganya, Faiz, abi dan mama datang ni. Kami amat sayangkan Faiz. Kami yakin Faiz akan sembuh seperti biasa menjadi orang hebat dan bersama-sama abi berjuang membina generasi al-falah.

“Selesai kata-kata ini, sambil air mata mengalir laju, Faiz membuka mulut dan menggerakkan kedua-dua lengannya. Pilunya. Dan kami yakin ramai yang akan bersama kami meneruskan solat hajat dan doa agar Faiz segera sembuh,” katanya.

Muhammad Faiz Hafizzudin telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dan sudah lima tahun menuntut ilmu di pusat tahfiz berkenaan.

Sumber: Sinar



Sumber Selepas sebulan lebih koma, pelajar tahfiz terlibat kemalangan ngeri kini sudah mampu mengalirkan air mata bila disapa ibunya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u8EiAz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.