Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terkejut anak tertembak dan bawa gagak putih pulang ke rumah, sangka kisah gagak putih hanya dongeng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terkejut anak tertembak dan bawa gagak putih pulang ke rumah, sangka kisah gagak putih hanya dongeng

Sabak Bernam: “Ketika anak maklumkan dia menembak gagak putih, saya menyangka dia berbohong kerana gagak putih hanya kisah dongeng semata-mata,” kata Dr Mohd Hisham Surgi, 43.

Terkejut anak tertembak dan bawa gagak putih pulang ke rumah, sangka kisah gagak putih hanya dongeng

Terkejut anak tertembak dan bawa gagak putih pulang ke rumah, sangka kisah gagak putih hanya dongeng

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Amirul Fahmi, 15, ketika berada dalam kereta selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

“Anak saya bersama rakannya menembak burung itu menggunakan pistol mainan peluru manik selepas pulang dari surau di Taman Air Manis, Khamis lalu.

“Pada mulanya, dia mengatakan mendapati ada objek bergerak di pokok mempelam dan menyangka ia burung nuri sebelum menembaknya sehingga jatuh,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Setia Jaya, Sungai Besar di sini, kelmarin.

Dr Mohd Hisham yang juga pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al Insaniah berkata, burung itu dibawa pulang dan diserahkan kepada bapanya, Mohd Surgi Ngarib, 74.

 

“Bapa saya menyimpan burung itu di dapur rumah. Saya terkejut mendapati ia benar-benar gagak putih,” katanya.

Menurutnya, sejak bapanya merawat dan memberi makan kepada gagak putih itu, beberapa kejadian pelik turut berlaku.

Ketika ini, gagak putih itu masih sakit dan tidak mampu terbang.

Sementara itu, Mohd Surgi berkata, dia bercadang untuk meletakkan burung itu dalam sangkar lebih besar atau di muzium mininya di Sungai Besar.

Sumber: Metro



Sumber Terkejut anak tertembak dan bawa gagak putih pulang ke rumah, sangka kisah gagak putih hanya dongeng

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v7mOlh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.