Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

US dolar mencapai paras tertinggi empat bulan lalu berbanding Yen pada Selasa di mana pasaran masih menunggu komen yang akan dibuat oleh Yellen di Kongres pada Rabu dan Khamis.

Selain daripada Yen yang melemah berterusan, Kiwi juga jatuh mendadak apabila terdapat laporan gempa bumi di New Zealand.

Usd/Jpy setakat pukul 7.52 pm telah naik 0.24% dan ketika ini berada di sekitar 114.31 selepas mencapai paras tertinggi 114.48 pada awalnya.

Para pelabur dilihat mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan bank pusat US dalam normalisasi polisi walaupun berhadapan dengan data-data inflasi yang lemah sejak akhir-akhir ini.

The Fed telah menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat Jun yang merupakan kenaikan kedua tahun ini. Walaupun data-data terbaru sedikit lemah, tetapi Federal Reserve berulang kali menyatakan ia hanyalah sementara dan menjangka inflasi akan meningkat dalam juangka masa sederhana.

Yen masih lagi terkesan daripada komen Gabenor Haruhiko Kuroda yang menegaskan bank pusat akan mengekalkan program rangsangan sehingga sasaran inflasi 2% dapat dicapai. Komen terbaru oleh Kuroda mengesahkan perbezaan polisi antara BoJ dengan The Fed di mana Kuroda masih cenderung kepada pelonggaran.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain berada di sekitar 95.87 hanya naik 0.06% setakat pukul 8.00 pm.

Kiwi pula melemah dengan Nzd/Usd melemah sehingga 0.76% selepas laporan gempa bumi yang melanda New Zealand, tetapi tiada kerosakan dilaporkan.

The post Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3r9cu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.