Pasaran Minyak Mentah Dunia Masih Lemah
Harga minyak pada Selasa bergerak stabil selepas jatuh mendadak minggu lalu. Keadaan semasa dalam pasaran masih lagi lemah berikutan kebimbangan terhadap lebihan penawaran (oversupply) dan juga ramalan beberapa bank utama dunia yang mengurangkan ramalan harga terhadap komoditi ini.
Penanda aras minyak mentah global, Brent-oil jatuh 0.17% kepada $46.80 setakat pukul 5.25 pm. Satu lagi penanda aras WTI (West Texas Intermediate) jatuh 0.27% kepada $44.28 setong.
Harga minyak mentah ketika ini berada 18% di bawah paras pembukaan 2017 walaupun perjanjian pemotongan bekalan telah dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.
Pengeluar-pengeluar utama dunia bersetuju untuk memotong sehingga 1.8 juta tong sehari, di mana perjanjian telah diperbaharui pada Mei yang melanjutkan pemotongan bekalan bermula pada Jun sehingga Mac 2018.
Pemotongan ini dilanjutkan dalam usaha untuk mengimbangi pasaran ini selepas perjanjian pertama gagal membawa harga ke paras optimum.
Walaupun dengan usaha yang telah dilakukan oleh OPEC, jumlah pengeluaran dari US telah meningkat 10% dari tahun lalu. Nigeria dan Libya yang dikecualikan daripada perjanjian juga telah meningkatkan pengeluaran mereka.
OPEC mengeksport 25.92 juta tong sehari pada Jun, 450,000 lebih banyak berbanding Mei menurut kajian yang dibuat oleh Thomson Reuters.
The post Pasaran Minyak Mentah Dunia Masih Lemah appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tD8OSx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment