“Saya bagi 24 jam, kalau tak buat permohonan maaf secara terbuka saya akan saman” – Rita Rudaini berang difitnah bercinta semula dengan bekas suami pertama
Pelakon terkenal, Rita Rudaini menerusi Instagramnya, memberi tempoh 24 jam kepada blogger Pisang Cheese untuk memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran artikel yang berunsurkan fitnah; yang mendakwa beliau sudah kembali bercinta dengan bekas suami pertamanya, Akbar Sahari.
Di dalam artikel yang lepas, kami ada berkongsi artikel dan kenyataan dari pihak Akbar Sahari, seorang pengacara dan pengulas rancangan sukan di TV3 yang mana beliau juga memberi tempoh 48 jam kepada blogger itu untuk meminta maaf dan menarik balik artikel. Laporan polis bagaimanapun telah dibuat.
Artikel sebelum: Akbar Sahari bengang difitnah bercinta semula dengan Rita Rudaini, bekas isterinya
Sehubungan dengan itu, pihak blogger Pisang Cheese telah pun membuat permohonan maaf di Fanpage dan blognya, serta telah memadam artikel berunsur fitnah tersebut. Namun yang demikian, Rita ada menulis di Instagramnya, beliau mahu blogger itu membuat permohonan maaf di surat khabar, bukan hanya di blog semata.
Apa pun kita harap isu ini tak akan berlarutan lah ye.
Sumber “Saya bagi 24 jam, kalau tak buat permohonan maaf secara terbuka saya akan saman” – Rita Rudaini berang difitnah bercinta semula dengan bekas suami pertama
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZMNOW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment