'Kalau Awak Curang Lagi Maka Terus Jatuh Talak Dan Anak Saya Jaga'
Hubungan suami isteri adalah dibina atas dasar kepercayaan antara satu sama lain. Jika salah seorang sama ada suami atau isteri mengkhianati kepercayaan tersebut maka perhubungan itu mungkin akan berkurangan. Jika sekali pun sudah amat menyakitkan hati apatah lagi jika perbuatan yang sama berulang-ulang kali.
Seorang wanita berkongsi masalah yang dihadapi apabila suaminya sering bersembang di media sosial bersama wanita lain tetapi kali ini dengan isteri orang.
'Ini Kali Ketiga Suami Buat Hal'
Saya mohon nasihat atas masalah yg saya n suami hadapi sekarang. Suami saya mempunyai habit suka membaca & melihat bahan lucah di media sosial, suka join grup lucah fb (cthnye grup janda sangap, grup kelab cari jodoh n etc) dan yg terbaru suka berchatting dgn perempuan lain di fb messengers.
Sudah 3 kali saya tangkap suami buat macam ni. Dr tahun 2009 hinggalah kali yg terakhir semalam. Pada kali yg ke2 suami saya ada berhubungan dan dah berzina dgn salah seorang janda dlm grup tersebut. Hati saya remuk hanya Allah yg tahu. Ada juga saya terfikir utk bercerai.
'Pilih Saya Atau Tabiat Buruk'
Disebabkan sayang pada anak2 saya teguhkan hati dan redha atas ujian dr Allah ini. Semalam bila saya tangkap suami sdg bersembang dlm mssgers dgn perempuan lain (isteri seorang askar). Saya chk acc tu baru dibuka 3hari lepas. Saya minta suami pilih samada nakkan saya & keluarga atau buang habit buruk ini.
Suami janji takkan mengulanginya, saya dan suami akan buat agreement bertulis dgn lawyer kalau suami buat lagi jatuhlah talak bagi saya dan suami tak boleh menuntut hak penjagaan anak2. Saya rasa terkilan dgn dia hati saya macam dah tawar. Patutkah saya maafkan suami?
Patutkah saya buat agreement spt itu? Buat pengetahuan admin suami saya berumur diawal 40an. Kami mempunyai 4org chyamata. Betulkah suami akan berubah? Saya nak tanya kalau suami masih tak berubah sah ke saya buat agreement dgn lawyer utk berpisah dan mencari haluan memasing spt diatas? Berapa kali lagi saya boleh tahan dgn perangai suami saya.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZfEmR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment