Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sufiah Yusof kini lebih feminis, matang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sufiah Yusof kini lebih feminis, matang

SIAPA sahaja tidak mengenali atau mengetahui kisah Sufiah Yusof yang pernah menarik perhatian dunia sebagai ‘si genius matematik’.

Gelaran tersebut lahir selepas beliau mengikuti ijazah Sarjana Matematik di Univesiti Oxford pada usia yang muda iaitu 13 tahun.

Dipetik laporan Nona, Sufiah yang berdarah kacukan Pakistan dan Melayu Johor itu pernah memberontak, lalu melarikan diri dari universiti sekitar tahun 2000.

Hidup Sufiah kemudian dilanda isu-isu dahsyat sehinggakan pengalamannya sebagai pekerja seks dijadikan tajuk di dada akhbar.

Isu tersebut timbul selepas beliau bercerai dengan suaminya, Jonathan Marshall yang juga seorang penuntut di University Oxford.

Tidak cukup dengan itu, hubungan Sufiah dengan keluarganya pula bergolak.

Sufiah kemudian diburu media dan pernah menerima ugutan semata-mata untuk menemuramah dirinya.

Beliau juga pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan yang menyamar sebagai ‘pelanggan’.

Akhirnya, Sufiah meninggalkan profesion kotor tersebut.

Kini, Sufiah yang berusia 33 tahun mendakwa semakin matang dan memperjuangkan feminisme.

Beliau juga semakin lantang bersuara dan terbuka untuk berkongsi buah fikirannya.

“Wartawan sangat obses mahu ‘mencipta’ personaliti saya mengikut fantasi mereka. Mereka nampak terdesak mahu mendapatkan cerita dari sudut-sudut yang berbeza. Saya digambarkan dalam media sebagai seorang bintang akademik demi menaikkan rating rancangan masing-masing.

“Saya juga dijadikan ‘public image’ tanpa rela. Semua maklumat peribadi saya dimanipulasi dengan hebat; bermula dari kehidupan seks, latar belakang ibu bapa dan sejarah perkahwinan lampau,” kata Sufiah.

Media tidak suka melaporkan kisah wanita yang gembira atau sedih dengan kehidupannya.

“Kerana tiada siapa yang mahu membaca. Jadi sebab itulah drama demi drama terpaksa dicipta dan disensasikan.

“Mereka obses mahu saya berkata sesuatu.” katanya dipetik laporan Nona.

The post Sufiah Yusof kini lebih feminis, matang appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u8gWv8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.