Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Ditembak Mati Di Pattani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Ditembak Mati Di Pattani



PATTANI - THAILAND. Dua orang ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali dalam kejadian keganasan berasingan di Yarang dan Saiburi di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand semalam.

Dua lagi mengalami kecederaan dalam kejadian pada jam 7.30 pagi dan 9.30 pagi waktu tempatan itu.

"Polis masih menyiasat motif kedua-dua kejadian serta mereka yang bertanggungjawab," kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, kejadian pertama berlaku di sebuah kedai kopi di Kampung Tabing, Saiburi apabila seorang sukarelawan keselamatan tempatan dikenali sebagai Matnor Mahama, 50, ditembak mati ketika sedang bersarapan.

Piyawat berkata, mangsa didatangi seorang lelaki ketika bersarapan yang bertindak menembak bahagian kepalanya sebelum melarikan diri.

"Mangsa mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, seorang pelanggan kedai kopi dikenali sebagai Mahamaripeng Latih, 47, cedera akibat terkena peluru sesat dan kini menerima rawatan di hospital berdekatan.

Dalam kejadian kedua di Kampung Prajan, Yarang, seorang penjual tilam dikenali sebagai Paiboon Kampeang, 32, mati akibat ditembak ketika sedang memandu kereta pikapnya bersama ibunya Wandee Kampeang, 58.

Ibunya terselamat tetapi mengalami kecederaan akibat kesan tembakan, kata Penolong ketua bahagian siasatan Polis Yarang Kapten Pichit Nusong.

"Mangsa berasal dari Sukhotai di utara Thailand dan berada di Pattani untuk menjual tilam di selatan Thailand," katanya dan menambah, mangsa ditembak mati menggunakan pistol 9mm. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzwUg3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.