Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enam insentif diumum PM tanda keprihatinan terhadap warga peneroka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enam insentif diumum PM tanda keprihatinan terhadap warga peneroka

KUANTAN: Enam insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk peneroka dan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Ahad dianggap suatu manifestasi keprihatinan dan hadiah buat golongan itu di seluruh negara.

Pengerusi MyIPO yang Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata insentif tersebut sememangnya dinantikan oleh peneroka dan secara tidak langsung melegakan beliau sebagai pemimpin di kawasan Felda.

"Ini bukan satu kejutan kerana kita tahu perdana menteri pastinya memberikan sesuatu yang terbaik kepada warga Felda bersempena Hari Peneroka kali ini.

"Saya berharap mereka dapat memanfaatkan semua insentif diberikan itu seperti pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan untuk masa depan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri Parlimen Paya Besar di sini pada Ahad.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut dihadiri kira-kira 10,000 penduduk sekitar Parlimen Paya Besar.

Abdul Manan berkata peneroka perlu berjimat cermat menguruskan wang terutama bayaran insentif khas peneroka bernilai RM5,000 kepada setiap keluarga peneroka.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Goh Mat Zahari Derahman berkata pengumuman perdana menteri itu sangat dinanti-nantikan semua warga peneroka khususnya kelulusan pembinaan dua rumah dalam satu tapak milik mereka.

"Sudah pasti ini dapat mengurangkan masalah generasi kedua yang belum memiliki kediaman di mana mereka boleh bina rumah di tapak yang dimiliki ibu atau bapa mereka.

"Insentif pemansuhan kadar pinjaman dan pengagihan RM5,000 bagi setiap keluarga juga diharapkan dapat membantu peneroka di seluruh negara," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzrfGL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.