Erdogan Kurangkan Ketegangan Arab, Qatar
JEDDAH: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, memulakan lawatan ke Asia Barat dalam usaha untuk mengurangkan ketegangan antara negara Arab dengan sekutunya, Qatar.
Erdogan yang tiba di Jeddah untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Arab Saudi berkata, tiada pihak yang berminat untuk memanjangkan krisis itu.
Beliau bakal meneruskan lawatan ke Kuwait sebelum mengadakan pertemuan pertama kali dengan pemimpin Qatar, Emir Sheikh Tamim Hamad al-Thani, sejak krisis itu bermula.
"Tiada siapa yang berminat untuk memanjangkan krisis itu lagi," kata Erdogan di Lapangan Terbang Istanbul sebelum berlepas untuk lawatan dua hari itu.
Erdogan menuduh wujud 'musuh' yang cuba menyemarakkan ketegangan antara saudara di rantau itu.
Pada masa sama, beliau turut memuji usaha Qatar dalam menangani krisis itu dengan mencari penyelesaian menerusi dialog.
"Saya berharap lawatan ini bakal memberi faedah kepada rantau ini," katanya.
Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, dengan menuduh negara itu menyokong keganasan dan memupuk hubungan dengan Iran.
Doha menafikan semua tuduhan berkenaan dan mendapat sokongan Ankara sepanjang krisis itu. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPhvKs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment