Google Mengatakan Sebanyak 11 Telefon Pintar Akan Menyokong Daydream VR Menjelang Penghujung 2017
Google sebelum ini telah memperkenalkan platform realiti-maya mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Daydream. Ia hadir diintegrasikan pada peranti Android – dan memerlukan sokongan beberapa spesifikasi khusus untuk menerima pengesahan sokongan Daydream daripada Google.
Buat masa ini, peranti yang menyokongnya masih terhad. Antara yang menyokongnya adalah termasuk Asus Zenfone AR, Huawei Mate 9 Pro, Moto Z, dan ZTE Axon 7. Disamping itu, sokongan Daydream turut telah diumumkan untuk Galaxy S8 dan Galaxy S8+ sebelum ini.
Berkongsi lanjut mengenainya, Google melalui pengumuman kewangan mengatakan akan terdapat sekitar 11 telefon pintar yang menyokong Daydream menjelang penghujung 2017 kelak. Apakah peranti yang akan menyokongnya masih tidak diketahui – dan mungkin kita boleh melihat peranti Pixel dan Note 8 akan hadir dengan sokongannya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uvX98u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment