Kesian Ibu Letih Masak, Lihat Cara Anak Ini Setelkan Masalah. Kagum!
Dari kecil sampai dewasa, ibulah yang menyediakan makanan untuk kita. Walau tak sihat atau letih tugas memasak tetap dilakukan demi keluarga tersayang.
Bila usia ibu sudah tua, sampai masa kita sebagai anak melakukan perkara yang sama. Menjaga segala aspek kebajikan ibu sama seperti dia menjaga kita termasuklah bab makanan.
Inilah yang cuba dilakukan oleh S Kamalinda Lynn. Tak sampai hati melihat ibu yang sudah tua memasak, dia sanggup melakukan usaha ini untuk memastikan urusan penyediaan makanan ibu jadi mudah ketika ketiadaannya.
Berkongsi cara tersebut dalam page masakan Masak Apa Hari Ni usahanya ternyata dapat pujian daripada netizen. Buat yang punya ibu sudah tua bolehlah mempraktikkan cara yang sama.
-----
Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!
Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengahari (sama ada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini.
Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nahh.. kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa...
Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pulak senaraikan lauk untuk saya siapkan ( i ok jerr) .
Kesian tengok ibu habiskan masa dari muda sampai tua kat dapur
Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni ..haiihh.. Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu 'bersilat' kat dapur hari- hari.
Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.
Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.
(Hmm.. sebenarnya ini penyelesaian untuk ada masalah M***s saya gak)
Banyaknya lauk!
Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.
~ayam black pepper~kari tongkol~lemak cili api ayam~lemak cili api telur~pindang selar~asam pedas jenahak~paprik ayam~sambal sotong~ sambal telur rebus~masak kicap ayam~tomyam seafood sayur~taucu lemak jenahak~
Ini baru minggu ke-3 saya buat. Semoga istiqamah.
Sumber: Vanilla Kismis
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uAG3EN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment