Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abe mad, apa punya belit daa...... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abe mad, apa punya belit daa......

Pas bukan mahu lawan pakatan pembangkang
26 JULAI 2017
Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Keputusan Pas meletak calon pada mana-mana kerusi dalam PRU14 nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk meletakkan calon mereka bertanding.

“Kita tak lawan pembangkang tapi kita ada dasar sendiri. Kita meletakkan calon mengikut keputusan parti dan keputusan itu bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang kesal dengan hasrat Pas untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP kesal Pas berminat kuasai kerusi pembangkang]

Tony mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan Pas ingin menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.

"DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh," katanya. - Bernama

* Ini pulak siapa ni?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w0dgco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.