Tun Mahathir Agen Perubahan Atau Pemusnah?
Keghairahan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan PPBM diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan melupakan kumpulan pembangkang lain ditegur pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj berkata, PH tidak patut terlalu angkuh dan yakin boleh memenangi pilihan raya umum akan datang hanya bekerjasama dengan bekas perdana menteri.
Ini katanya, kumpulan-kumpulan lain juga mempunyai pengaruh termasuk parti Warisan di Sabah yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.
Katanya, Warisan juga boleh membantu mencapai impian PH untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN).
“Shafie dan Warisan mempunyai pengaruh di Sabah,” katanya dalam satu forum bertajuk “Mahathir, Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah?”
Malah tegas Jeyakumar, PSM boleh memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan jika gabungan itu berusaha untuk bekerjasama juga dengan pihak lain.
“Tolong jangan terlalu angkuh dan merasakan akan menang besar dengan Mahathir, sampai kita tak buat kerjasama dengan kumpulan-kumpulan seperti warisan di Sabah, yang tidak ada dalam PH.
Penglibatan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang kini diragui sama akan membawa perubahan atau memusnahkan perjuangan reformasi.
Menurut Jeyakumar, keputusan untuk membawa masuk Dr Mahathir ke dalam PH adalah kerana sebelum ini, selama lima tahun, pembangkang telah gagal untuk menangani kebimbangan penduduk luar bandar.
Bagaimanapun, Presiden PAN, Mohamad Sabu mempertahankan keputusan PH berkerjasama dengan Dr Mahathir dengan alasan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu mampu menarik sokongan orang Melayu terhadap gabungan pembangkang itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tCKdej
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment