Hi! Welcome Back and Stay Tune! Stesen Janakuasa Kincir Angin Terapung Pertama Dunia Mula Dibina Di Scotland - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Stesen Janakuasa Kincir Angin Terapung Pertama Dunia Mula Dibina Di Scotland

Penggunaan tenaga elektrik yang menggunakan sumber lestari semakin mendapat tempat di dunia setelah ramai mula menyedari bahaya pergantungan kepada penjanaan menggunakan bahan api fosil. Di Timur Laut Scotland, stesen janakuasa kincir angin terapung pertama di dunia mula dibina.

Stesen janakuasa Hywind akan dilengkapi lima kincir angin gergasi yang akan membekalkan kuasa kepada 20,000 rumah. Setiap kincir setinggi 175 meter ini dilengkapi tiga bilah kipas masing-masing sepanjang 75 meter. Sebelum ini janakuasa kincir angin perlu dipasak ke permukaan laut dan ini menghadkan kawasan di mana ia boleh dibina.

Dengan teknologi baru ini, ia boleh diletakkan di mana-mana kawasan dengan kedalaman maksimum 1 kilometer. Bahagian atas kincir terapung dengan kabel dipasang ke lantai laut bagi mengekalkan kedudukannya.

Hywind terletak 25 kilometer dari bandar Peterhead dengan kos pembinaan mencecah £190 Juta (RM 1.06 Billion). Firma Statoil yang membina Hywind mensasarkan teknologi digunakan di Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai banyak kawasan laut dalam yang boleh digunakan untuk membina stesen janakuasa terapung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h2qIcY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.