JEMPUTAN UNTUK NAJIB BERDEBAT DENGAN DR MAHATHIR ‘BUKAN ANCAMAN’
PEMUDA Umno yang terlibat dalam pergaduhan dengan ahli Bersatu sepatutnya lebih beradab kerana jemputan kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk berdebat dengan Dr Mahathir Mohamad bukanlah satu ancaman, kata Muhyiddin Yassin.
“Mereka (Pemuda Umno) sepatutnya bersikap lebih terbuka, dan menganggap ia sebagai satu cabaran. Ia adalah undangan, bukan ancaman,” kata presiden Bersatu itu dalam sidang akhbar sebelum sidang Parlimen pagi ini.
“Saya harap ia (pergaduhan) tidak akan berlaku lagi.”
Semalam, satu pergaduhan berlaku antara sayap Pemuda kedua-dua parti di Pusat Dagangan Dunia Putra selepas pihak Umno bertindak seperti samseng susulan undangan ke forum “Nothing To Hide 2.0”, yang akan dianjurkan Pemuda Bersatu pada 13 Ogos.
Polis terpaksa dipanggil untuk menyuraikan mereka, apabila situasi bertukar menjadi lebih kecoh.
Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Ashraf Mustaqim berkata beliau ditumbuk dalam kejadian itu.
“Budaya samseng dalam Umno berpisah tiada dan sudah sebati. Sebab itu mereka takut hendak jawab persoalan dengan hujah,” kata Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kuala Lumpur semalam.
“Takut sangat berdebat sebab jawapan mereka sentiasa saja dengan tumbukan dan cemuhan.
“Jangan jawab dengan tumbukan, jawab dengan hujah. Kita jumpa di Nothing To Hide 2.0”
Forum itu adalah platform bagi menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad.
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadiri forum itu.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYe00j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment