Hi! Welcome Back and Stay Tune! HIV: Potongan Bajet AS Tindakan Kejam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HIV: Potongan Bajet AS Tindakan Kejam



PARIS: Beberapa pemimpin kumpulan memerangi wabak HIV antarabangsa menggesa kerajaan Amerika Syarikat yang menjadi penderma terbesar penyelidikan dan rawatan AIDS dunia supaya menolak tindakan kejam Presiden Donald Trump untuk mengurangkan sumbangan dana.

Mereka berkata, kekurangan sumbangan dana akan menyebabkan banyak kematian.

"Penderma terbesar dan paling penting HIV mengancam untuk mengurangkan dana program penyelidikan dan rawatan. Pengurangan sumbangan kepada penyelidikan dan HIV adalah satu bencana yang sepatutnya tidak berlaku," kata Presiden Persatuan AIDS, Linda-Gail Bekker kepada persidangan sains HIV global di Paris.

Lebih 6,000 saintis berhimpun di ibu negara Perancis, sehingga Rabu ini untuk menilai kemajuan sains AIDS, ketika wujud kebimbangan dana kian berkurangan.

Menurut Yayasan Keluarga Kaiser, sebuah NGO dasar kesihatan di California, jumlah dana hasil derma kerajaan di seluruh dunia untuk HIV susut tahun lalu kepada paras terendah sejak 2010 daripada AS$7.5 bilion (RM32.13 bilion) pada 2015 kepada AS$7 bilion (RM29.98 bilion).

Sejak bertahun-tahun, Amerika Syarikat menjadi penyumbang terbesar dalam usaha global memerangi jangkitan HIV dengan sumbangan mewakili dua per tiga daripada penderma kerajaan.

Bagaimanapun, bajet dicadangkan Trump yang dihantar Mei lalu mengurangkan sumbangan dana kepada beberapa program kesihatan dunia termasuk HIV dan AIDS dengan harapan penyumbang lain meningkatkan komitmen sumbangan mereka. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqDTHN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.