Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ikut 30 nasihat power ini sebelum melabur beli rumah low cost” – Harith - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ikut 30 nasihat power ini sebelum melabur beli rumah low cost” – Harith

Ramai yang ingat nak beli rumah low cost, satu kerja yang mudah.

Tok tak suka nak hampakan korang. Tapi kalau korang tergolong sebagai salah seorang dengan anggapan seperti dalam ayat pertama tadi, maaf.

Tak semua orang ‘layak’ untuk beli rumah low cost.

Mungkin korang yang baru libatkan diri dalam pelaburan hartanah, belum tau tentang perkara ni.

Nak belajar? Jemput hadamkan perkongsian power Tuan Harith Faisal ni sebagai sarapan minda korang pada pagi ni.

Siapa yang layak beli rumah low cost?

1. Kita tak tahu masa depan kita. Tapi, kalau korang bercita-cita nak jadi pelabur hartanah tegar, mungkin korang boleh cuba elakkan beli rumah low cost sebagai rumah pertama.

2. Kalau korang plan nak beli sebab nak duduk sendiri dan memang itu je yang mampu buat masa sekarang ni, suka hati korang la. Takde masalah untuk korang beli rumah low cost tu.

3. Antara syarat untuk beli rumah low cost kat Selangor adalah yang bujang, gaji kurang daripada RM3,000. Dan kalau dah berkahwin, pendapatan isi rumah tak boleh lebih RM5,000.

4. Pada pendapat saya, kalau gaji korang bawah RM2,000 dan nak jadi pelabur hartanah, okay je nak mula dengan rumah low cost sebagai rumah pertama. Sebab korang layak, dan itu je yang lepas.

5. Tapi kalau gaji korang RM3,000 ke atas sebaiknya tak payah beli rumah low cost sebagai rumah pertama. Korang mungkin menyesal masa nak beli rumah ke-3 nanti.

6. Bukan apa, ada yang gaji dan pendapatan RM4,000 pun terliur sangat nak beli rumah low cost sampai sanggup tipu gaji.

Baik lagi korang cari yang non-low cost. Lagi bagus sebenarnya.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : ‘Orang kata saya gila’ – Gadis ini kongsi cara beli 3 biji rumah dalam masa 6 tahun

Berapa banyak yang anda layak pinjam?

7. Margin of finance (MOF) adalah berapa banyak yang bank boleh pinjamkan kat korang.

Contoh rumah harga RM100,000, dan bank bagi 90% MOF (bersamaan dengan RM90,000). Baki RM10,000 tu, korang yang sediakan sendiri.

8. Untuk rumah pertama korang boleh dapat MOF 90 hingga 100%.

Sebab kita ada skim seperti Rumah Pertamaku, full-financing. Bagus untuk pembeli rumah pertama yang tak banyak modal.

9. Untuk rumah ke-2 pula, korang boleh dapat 90% MOF je.

Pelabur hartanah baru kekadang tak tahu, yang korang hanya dapat 70% Margin of Finance (MOF) untuk beli rumah ke-3 dan seterusnya.

Modal rendah. Sesuai untuk pelabur newbie bermula

10. Untuk rumah pertama, katakan harga rumah low cost RM100,000, dan korang dapat MOF 90%.

Jadi, korang hanya kena sediakan RM10,000. Rumah non-low cost, katakan RM300,000, bermakna korang kena sediakan RM30,000.

11. Untuk rumah ke-3, MOF yang korang boleh dapatkan adalah sebanyak 70%.

Kalau nak beli low cost, katakan harga RM100,000, korang kena kena sediakan 30% atau RM30,000. Kalau nak beli non-low cost RM300,000, kena sediakan RM90,000 modal.

12. Nak sediakan modal RM30,000 tu boleh lagi. Tapi nak sediakan RM90,000 memang agak mencabarlah. Silap-silap korang boleh tersangkut, tak beli rumah ke-3 bertahun-tahun.

13. Jadi, korang pilih la sendiri. Sama ada nak beli rumah pertama modal kecil, rumah ke-3 modal besar gila.

Atau, rumah pertama modal besar sikit, dan rumah ke-3 modal pun tak besar gila.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : Gaji RM1500, dapat beli lebih sebiji rumah dan simpan RM33000?

Beli rumah low cost banyak-banyak dengan pasaran lelong

14. Secara asas, rumah low cost adalah untuk pembeli rumah pertama je.

Tapi kalau korang nak tahu, boleh je beli rumah low cost banyak-banyak melalui lelongan. Syarat yang tadi tu akan terbatal.

15. Ye la. Kalau nak harapkan pembeli rumah pertama je yang akan beli rumah lelong low cost tu, alamatnya memang tak terlelonglah rumah tu. Susah sikit.

16. Sebab yang utama, pembeli rumah pertama kat Malaysia ni suka rumah baru, moden, dan wangi. Walaupun sebenarnya dia tak mampu pun beli rumah yang macam tu. Haha!

17. Korang boleh gunakan Skim Rumah Pertamaku (dengan 100% MOF), duti setem percuma untuk rumah pertama harga bawah RM300,000, dan skim myDeposit.

Kalau korang beli low cost RM100,000, korang tak dapat optimumkan faedah ni.

Takde yang betul, takde yang salah?

18. Rumah low cost, memang famous dengan cash flow yang masyuk kalau disewakan.

Apatah lagi kalau disewakan secara per kepala. Boleh dapat positive cash flow sampai RM500 hingga RM1,000.

19. Risikonya kecil, sebab modal pun kecil. Harga RM100,000 dengan modal muka RM10,000, boleh kira kecil la modal dia.

Tapi dari segi kenaikan harganya agak lambat. There is no perfect thing (takde satu benda pun yang sempurna).

20. Takde yang betul, takde yang salah.

Apa-apa pun, sesuaikan setiap tindakan dengan matlamat korang sendiri. Kalau memang korang berniat nak masuk game cash flow, teruskan beli rumah low cost sampai 10 buah pun.

21. Katakan, korang dah terbeli low cost sebagai rumah pertama, rumah ke-2 medium cost, dan nak beli rumah ke-3 teres harga RM500,000 sebab gaji dah besar, masih ada cara nak dapatkan balik MOF 90% tu.

22. Korang jual rumah pertama tu, dan korang akan dapat beli rumah ke-3 dengan MOF 90% semula. Itu pun, kalau dah lebih 5 tahun pemilikan low cost tu. Kalau tak, korang tak boleh jual.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : Gaji RM3,000 dah. Tapi tak beli rumah lagi sebab asyik buat 10 “dosa” ini

Macam mana nak dapatkan 90% MOF untuk beli rumah ke-3?

23. Jadi kalau dalam situasi kurang 5 tahun, nak tak nak kau boleh selesaikan saja baki pembiayaan low cost tu. Kalau baki tinggal RM60,000, buat terus full settlement. Setel.

24. Kalau tak buat macam ni, modal yang korang perlukan untuk beli rumah teres RM500,000 tu adalah 30% @ RM150,000. Lagilah jenuh nak dapatkan modal sebanyak tu, kan.

25. Cara lain, buat channeling. Transfer pembiayaan kepada nama orang lain, digalakkan nama pasangan. Nak jimat kos guaman, transfer pembiayaan je. Nama tak payah tukar.

26. Cukuplah sampai kat sini. Kalau perasan, saya tak cerita sangat terperinci tentang beberapa perkara.

Mungkin lain kali saya akan buat posting khas pula. Dah naik cramp jari ni tau.

27. Satu posting takkan mampu mencukupkan ilmu kita untuk melabur dalam hartanah.

Belajarlah dengan otai-otai pelaburan hartanag kat Facebook atau lain-lain platform, supaya fikiran kita lebih terbuka luas.

28. Jadi, kesimpulannya kalau korang memang mampu beli low cost je sekarang, beli je terus.

Saya hanya cerita apa yang mungkin korang akan hadapi untuk beli rumah ke-3 nanti.

29. Panjang-panjang cerita pun, at the end, tetap sama. Korang tetap juga kena ikut tahap kesihatan kewangan korang.

30. Akhir kata, beli low cost pun takpe. Lebih baik daripada korang langsung tak beli apa-apa.

-HF

Nota : Tak faham? Baca 10 kali sampai faham. First time tau saya menaip panjang sampai 30 poin macam ni. Kalau korang tak sudi SHARE jugak, tak taulah saya nak kata apa.

Setiap tindakan yang selamat di dunia dan akhirat, pasti bersulam dengan ilmu.

Sebab tu, Tuan Harith sendiri banyak kali pesan kat korang macam apa yang beliau buat hari ni. Tak termasuk dengan apa yang Tok kongsikan kat korang setiap hari.

Itu pun, kalau korang serius tak nak tanggung kerugian besar kemudian hari.

The post “Ikut 30 nasihat power ini sebelum melabur beli rumah low cost” – Harith appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzgi84

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.