‘JIKA KATA TUKAR, MAKA KITA AKAN TUKAR’
KOTA KINABALU – Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan berkata, isu kerusi Parlimen Teluk Kemang harus diserah kepada pemimpin tertinggi Umno dan MIC untuk dipertimbangkan.
“Tiada siapa boleh putuskan tentang pembahagian kerusi kecuali presiden MIC dan Umno sendiri. Jika mereka kata tukar, maka kita akan tukar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media baru-baru ini yang menyebut kemungkinan Umno akan mengambil alih kerusi Teluk Kemang daripada MIC bagi memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang.
“Dari segi sejarah, Teluk Kemang sememangnya diperuntukkan kepada MIC sejak bertahun-tahun. Justeru saya tidak fikir akan ada pertukaran kerusi,” katanya.
Beliau juga menyifatkan desas-desus itu sebagai perkara biasa memandangkan menjadi satu kebiasaan bagi parti komponen BN untuk melobi kerusi menjelang pilihan raya.
Ketua Bahagian MIC, Teluk Kemang Datuk R. Balakrishnan dilaporkan berkata MIC tidak mempunyai masalah menyerahkan kerusi parlimen itu sebagai pertukaran dengan kerusi lain di Negeri Sembilan.
Kerusi Teluk Kemang terlepas ke tangan pembangkang selepas penyandangnya Datuk S Sothinathan tewas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada Parti Keadilan Rakyat pada PRU12 yang kemudiannya mempertahankan kerusi itu pada PRU13.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unYmi9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment