Keunikan Warisan & Budaya, Aset Penting Sarawak
SIBU: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata keunikan warisan dan kebudayaan pelbagai kaum merupakan aset penting kepada negeri ini.
Memetik laporan Utusan Borneo, jelasnya, aset tersebut juga akan memastikan warisan dan kebudayaan dapat diwarisi generasi akan datang selain melonjak sektor pelancongan sekali gus mengukuhkan perpaduan.
Nanta memberitahu program seperti Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) satu acara jerayawara yang mengetengahkan warisan dan kebudayaan kepada golongan muda selain pelancong luar.
“Ini dapat memastikan ia akan terus dipelihara dengan adanya acara tahunan itu,” katanya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit memberitahu, BDCF satu platform terbaik untuk golongan muda menyaksikan sendiri mengenai keunikan warisan dan kebudayaan nenek moyang.
“Program ini juga dapat mendidik anak-anak kita mengenai adat, adab, warisan dan kebudayaan. Inilah pendidikan budaya melalui BDCF,” katanya.
Menurutnya lagi BDCF juga dapat memupuk perpaduan antara kaum dan mewujudkan keharmonian berbilang kaum.
“Kita berhimpun dengan kehadiran ramai rakyat berbilang kaum di sini untuk memberi sokongan kepada BDCF dan ia satu contoh kepada keharmonian berbilang kaum,” katanya.– Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqqX4G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment