Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Menahan Perit Berdiri Bawah Panas Terik Matahari di Shah Alam Demi Mencari Pekerjaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Menahan Perit Berdiri Bawah Panas Terik Matahari di Shah Alam Demi Mencari Pekerjaan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Setiap orang melalui kesukaran masing-masing ketika mencari pekerjaan di Lembah Klang, namun bagi seorang lelaki ini dia sangat memerlukan pekerjaan sehingga sanggup berdiri di bawah panas terik matahari.

Cerita dikongsikan seorang wartawan, Syafiqah Damanhuri ini berjaya menarik perhatian netizen yang kasihan dengan nasib lelaki itu.

Menurutnya, dia berada di sekitar Seksyen 7, Shah Alam sebelum tiba-tiba ternampak lelaki yang sedang berdiri di sebuah persimpangan lampu isyarat sambil memegang kadbod.



“Bayangkan tengah hari buta tu, orang tua ni berdiri pegang kadbod!”

Sumber: Facebook

Pada ketika itu mulalah membuak rasa ingin tahu dalam diri seorang wartawan ini dan tidak sampai hati untuk tidak mempedulikannya lalu Syafiqah memberhentikan kereta.

Dia kemudian bertanya tentang apa yang berlaku kepada lelaki tersebut dan ternyata rupa-rupanya lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Romdon ini sedang mencari pekerjaan. Romdon mempunyai pengalaman sebagai pemandu serta pakar seni mempertahankan diri jadi menurutnya dia pasti akan mengutamakan keselamatan majikan.

Sumber: Twitter Sumber: Facebook

Menurut Romdon yang berasal dari Sabak Bernam itu, dia bekerja di sebuah kilang namun pihak pengurusan dikatakan bakal mengecilkan operasi menyebabkan ramai pekerja yang akan dibuang.

Pakcik Romdon yang berusia 45 tahun itu sedang berusaha mencari pekerjaan sebagai jaminan jika dia menjadi salah seorang pekerja yang akan dibuang nanti kerana mempunyai dua anak yang masih memerlukan bapa untuk menanggung perbelanjaan mereka.



Syafiqah mengakhiri perkongsiannya dengan memohon orang ramai untuk share status itu supaya sesiapa yang mempunyai kerja kosong untuk ditawarkan boleh terus hubungi pakcik Romdon.

Netizen yang membaca perkongsian itu rata-rata melahirkan rasa simpati dan berkongsi tentang kerja kosong untuk dimohon oleh pakcik Romdon.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Tidak lupa juga yang mengingatkan orang ramai supaya tidak lupa akan jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa apabila sudah dewasa kelak.

Sumber: Facebook

Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik.

Baca: Warga Emas Berusia 70 Tahun Hidup Sebatang Kara Terpaksa Gagahkan Diri Mencari Rezeki



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uoioZP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.