Hi! Welcome Back and Stay Tune! MACAM BUDAK-BUDAK CABAR SAYA TANDING DI LANGKAWI’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MACAM BUDAK-BUDAK CABAR SAYA TANDING DI LANGKAWI’

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak berminat untuk bertanding di kawasan Parlimen Langkawi, Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang susulan beliau dicabar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata beliau masih lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor.

“Itu saya lihat seperti ‘budak-budak’ mencabar saya bertanding di Parlimen Langkawi, maka saya hendak memperingatkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau yang menawarkan dirinya sendiri untuk bertanding di Pekan, Pahang.

“Saya tidak pernah menawarkan diri saya untuk bertanding di Langkawi dan saya cukup selesa di Sembrong, jadi tidak perlu saya jawab lebih daripada itu,” katanya ketika diminta mengulas isu beliau dicabar untuk bertanding pada PRU akan datang di kawasan Parlimen Langkawi.

Hishammuddin berkata beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi.

“Apa yang saya nyatakan hari itu  dia yang hendak bertanding di Pekan, bertandinglah…tapi itu hasrat dia (Dr Mahathir), saya tidak pernah menyatakan hasrat saya untuk bertanding di Langkawi.

“Oleh itu, saya rasa amat kecewa pada seorang ahli politik yang sudah veteran dan saya tidak mahu melayan lagi benda-benda sebegini,” katanya.

Pada Ahad lepas, Hishammuddin menyifatkan kenyataan Mahathir untuk bertanding di Pekan pada PRU akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.

Hishammuddin juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota Umno kerana dibuat ketika Umno bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAHTV7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.