Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Mainan' Lelaki Dicipta Oleh Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Mainan' Lelaki Dicipta Oleh Wanita


Dunia permotoran sering dikaitkan sebagai 'mainan' kaum lelaki namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai 'sisters' sudah mula menjinakkan diri dalam arena ini.

Tidak terhenti setakat menjadi 'rider' sahaja, kaum wanita juga sudah menceburi bidang mereka cipta aksesori permotoran seperti Rozaida Ahmad Zaki yang kini berkhidmat dibawah payung Givi Asia Sdn Bhd.

Wanita dari Kuala Kangsar, Perak ini merupakan tulang belakang kepada pengeluaran edisi terbaru kotak simpanan keluaran Givi B32 Bold Monolock - direka khas bagi pengguna motosikal berkuasa sederhana, 400cc ke bawah.

Dengan kapasiti 32 liter, kotak simpanan motosikal ini bakal dijual di pasaran tempatan dengan harga RM210 (tanpa GST).

Selain kotak simpanan motosikal, Rozaida, 31, yang merupakan designer utama bagi Givi Asia juga merekabentuk produk-produk lain Givi, bukan sahaja untuk pasaran domestik, malah hasil tangannya juga diimport ke pasaran antarabangsa.

"Item pertama yang saya bantu untuk reka ialah windshield atau penghadang angin motosikal," katanya dipetik portal permotoran, Careta.

Ujarnya, ciri utama rekabentuk produk Givi perlu tampak eksklusif namun mengekalkan estetika kesederhaan dan tidak terlalu garang.

"Kerana itu, barangan Givi jarang mempunyai corak atau warna yang garang," ujarnya.

Produk lain direka oleh Rozaida termasuk, komponen helmet, pelekat (decal atau sticker) helmet, beg sisi (pouch atau fanny bag), serta sut hujan.

Menceritakan lanjut mengenai rekaan sut hujannya, graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Rekabentuk Industri ini berkata, sut hujan Malaysia berbeza dengan sut hujan di pasaran Eropah.

"Di Malaysia, pengguna sut hujan menggunakan sut hujan walaupun hujan telah lama berhenti.

"Kerana itu, saya perlu pastikan bahan yang digunakan tahan panas. Ia juga perlu ringan dan mempunyai jahitan benang yang kuat kerana satu lagi masalah di Malaysia ialah penggunanya sangat kasar," kata Rozaida.

Jelasnya, sut hujan memerlukan penjagaan rapi oleh pemilik untuk ianya tahan lama dan antara punca sut hujan rosak disebabkan oleh pengguna tidak mengeringkannya terlebih dahulu sebelum melipat dan menyimpan sut berkenaan.

"Ia perlu dikeringkan dahulu, dan kemudian baru boleh dilipat dan disimpan. Dengan cara itu, sut hujan mampu tahan lebih lama," kata Rozaida yang menguji sendiri produk direkanya. (foto: Careta).-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eMCK9I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.