Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelaksanaan projek MRT beri impak positif - PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelaksanaan projek MRT beri impak positif - PM Najib

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Projek Transit Massa (MRT) telah memberi impak positif kepada bukan sahaja penggunanya malah setiap lapisan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata impak positif tersebut termasuk pengurangan kenderaan yang memasuki ibu negara selain perkhidmatan bas perantara.

Ujar beliau lagi, infrastruktur seperti jalan raya turut ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada masyarakat setempat.

"Melalui pembinaan projek MRT ini, beberapa kemudahan dan infrastruktur juga telah ditambah baik. Ini termasuk jalan-jalan utama di Kajang seperti Jalan Cheras dan Jalan Reko yang telah ditambah baik dengan penambahan daripada dua lorong kepada empat lorong dan penurapan semula jalan bagi keselesaan pengguna jalan raya.

"Pembinaan hentian bas perantara dan teksi turut tidak dilupakan bagi memastikan kesinambungan jaringan pengangkutan yang efisyen dapat direalisasikan.

"Malah, di Sungai Buloh dan Kajang, skop kerja MRT ini termasuk penambahbaikan fasiliti stesen KTM dinnana bangunan stesen yang baru telah dibina untuk KTM," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta Perdana Menteri menyatakan impak sistem MRT.

Tambahnya, MRT Corp juga tidak pernah mengabaikan kesulitan dan ketidakselesaan yang dihadapi oleh mana-mana pihak yang terkesan sepanjang pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, MRT Corp sentiasa bertanggungjawab terhadap sebarang aduan dan kerosakan yang telah dibuktikan disebabkan pembinaan projek MRT itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uoukLj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.