Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji
Untuk melengkapkan perhubungan jalan pesisir Sarawak, banyak jambatan perlu dibina dan ia memerlukan masa dan kos yang tinggi.
Ia begitu penting kerana lengkapnya hubungan jalan tersebut akan menjadi nadi pembangunan ekonomi seluruh rakyat Sarawak.
Sarawak mencatat sejarah apabila jambatan terpanjang pada masa ini iaitu Jambatan Batang Sadong siap dibina menggunakan peruntukkan yang besar daripada kerajaan pusat. Kini penduduk setempat mendapat impak ekonomi yang begitu memberangsangkan.
Ketika perasmian Jambatan Batang Sadong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan membina Jambatan Batang Lupar dan berbincang dengan bekas Ketua Menteri ketika itu ( Allahyarham Tok Nan) agar jambatan tersebut dibina dengan peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri.
Beberapa hari lepas, Datuk Amar Abang Johari mengumumkan Jambatan Batang Lupar akan dibina tidak lama lagi. Tender pembinaan jambatan berkenaan akan dibuka dan inilah titik tolak kemajuan pembangunan kawasan pesisir seterusnya.
Hakikatnya, pembinaan jambatan tersebut bukanlah janji untuk piliharaya semata-mata kerana kerajaan telah merancang lebih awal kerana ia merupakan kepentingan rakyat.
Ini bermakna Najib bukan sekadar berjanji untuk rakyat Sarawak tetapi menepati setiap apa yang dikatakan dan Abang Johari merealisasikannya.
Kerjasama erat kerajaan pusat dan negeri merupakan satu kerjasama yang terbaik serta setiap pelaksanaan pembangunan bukanlah janji semasa pilihanraya seperti yang didakwa pembangkang.-Abdul Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tClwTi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment