Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkahwinan Tunku Aminah Ikut Tradisi, Adat Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkahwinan Tunku Aminah Ikut Tradisi, Adat Johor

loading…
Perkahwinan Tunku Aminah Ikut Tradisi, Adat Johor

Gambar kenangan Tunku Aminah yang cantik berbaju kurung ketika masih kecil bersama bonda serta adinda serta kekandanya. Foto: Royal Press Office

JOHOR BAHRU: Istiadat perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dengan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos ini akan berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat Johor.

Tunku Aminah berkata, ayahandanya mahu perkahwinan diadakan dengan menampilkan segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi Johor.

“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” katanya yang dipetik dari temubual ekslusif bersama Royal Press Office di Istana Bukit Serene, di sini.

Tunku Aminah yang dilahirkan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan satu- satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi, 14 Ogos ini di Istana Bukit Serene diikuti dengan istiadat nikah, manakala upacara bersanding akan diadakan pada jam 8 malam hari sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Bakal pengantin itu berkata, walaupun beliau menerima sebahagian pendidikan barat di sekolah antarabangsa di Singapura (turut belajar di sekolah kebangsaan untuk beberapa tahun dan mempelajari agama Islam di rumah), beliau sungguh bangga untuk mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung Teluk Belanga pada hari perkahwinannya.

Malah, ketika berusia setahun, Tunku Aminah sudah mengenakan baju kurung pertama yang diberikan bondanya.Rekaan Teluk Belanga mula diperkenalkan di akhir kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar.

Ia tidak mempunyai kolar dan sulaman di bahagian leher dijahit dengan rekaan yang dikenali sebagai tulang belut.Baju kurung Teluk Belanga mendapat namanya dari sebuah tempat di Singapura bernama Teluk Belanga, yang merupakan ibu negeri Johor ketika itu.

“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tun Aminah.Bakal suami Dennis Muhammad merupakan warga Belanda akan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

“Ayahanda (Sultan Ibrahim) mahu dia (Dennis Muhammad) mengenakan dua kerongsang di songkok seperti mana pernah digunakan nenda (Almarhum Sultan Iskandar) pada perkahwinannya. Kerongsang ini diberikan kepada Almarhum Sultan Iskandar oleh bondanya Almarhumah Sultanah Aminah,” katanya.

Tunku Aminah berkata, selain alat kebesaran dan tradisi diraja, perkahwinan itu sendiri akan berlangsung secara sederhana tetapi meriah bersama keluarga dan sahabat handai.
“Saya mahu ia menjadi satu majlis yang tenang dan meriah…itu yang paling penting. Ia tidak perlu diadakan secara besar-besaran dan penuh kemewahan,” katanya. – Sinar Harian

loading…
kongsikan artikel ini

The post Perkahwinan Tunku Aminah Ikut Tradisi, Adat Johor appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hcJtL9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.