Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Cip Pemprosesan Intel Coffee Lake – Intel Core i7-8700K Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Cip Pemprosesan Intel Coffee Lake – Intel Core i7-8700K Tertiris

Intel baru sahaja hadir dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi untuk pasaran High End Desktop mereka dengan siri Kaby Lake-X dan juga Skylake-X, akan tetapi, CPU-CPU ini dan papan induk yang diperlukan untuk menggerakkannya mempunyai tanda harga yang cukup mahal, dan tidak ramai yang mampu memilikinya.

Terkini, cip pemprosesan Intel generasi kelapan, Intel Coffee Lake nampaknya akan hadir tidak lama lagi, dan beberapa spesifikasi utama cip pemprosesan tertingginya, Intel Core i7-8700K telahpun tertiris ke arena web.

CPU tersebut masih lagi menggunakan proses 14nm, dan kini hadir dengan 6 teras dan 12 bebenang, dan bukan lagi hanya 4 teras berbanding dengan model-model yang sama sebelum ini. Ia mempunyai kelajuan asas 3.7GHz, dan mempunyai frekuensi Boost Clock yang berbeza bergantung kepada jumlah teras yang digunakan: 4.2GHz dengan satu teras, 4.1GHz dengan dua teras, dan 4.0GHz pada konfigurasi empat dan enam teras, yang hanya menggunakan kuasa sebanyak 95W.

Dalam pada itu, dapat juga dilihat bahawa Intel akan hadir dengan dua lagi CPU dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa yang menggunakan kuasa yang lebih rendah daripada Intel Core i7-8700K, tetapi nama untuk kedua-dua model masih lagi belum diketahui.

 

Menariknya, CPU Intel Core i7-8700K ini didapati menyokong soket LGA 1151 yang digunakan oleh Kaby Lake sebelum ini. Walaupun begitu, Intel dikatakan masih juga akan mengeluarkan spesifikasi untuk cipset Z370 khusus untuk CPU Coffee Lake apabila cip pemprosesan ini tiba di pasaran pada penghujung tahun ini/awal tahun hadapan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tCGIZe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.