Ada Sesiapa Hilang Gigi?
SEORANG wanita di Lincolnshire terkejut melihat satu set gigi palsu pada pokok bersama nota bertulis, ‘ada sesiapa hilang gigi?’.
Lois Slocombe menemui gigi palsu yang diletak di dalam beg kalis air dan dilekatkan pada pokok di Hoylake Drive, Skegness.
Walaupun merasakan penemuan itu aneh, tetapi Slocombe membuat keputusan untuk membantu pemilik gigi palsu itu dengan memuat naik gambar dan nota itu ke laman Facebook ‘Skegness Skegness Skegness’.
“Saya tidak tahu siapa yang meletakkannya di situ, tetapi tentunya bukan saya.
“Ia ada di pokok berdekatan tempat tinggal saya. Saya menyedarinya pada sebelah petang dan merasakan ia agak aneh.
“Tetapi apabila memikirkan seseorang yang bersusah payah meletakkannya di situ, saya ingin menolong.
“Selepas saya memuat naik ke laman Facebook, ramai yang bergurau mengenainya tetapi masih tiada yang membuat pengakuan,” kata Slocombe.
Pencarian pemilik gigi palsu itu masih dijalankan tetapi pengguna laman media sosial itu bergurau dan berkata ia mungkin adalah kisah Cinderella versi Skegness.
"Tidak pernah melihat iklan seperti ini, ia seolah-olah seperti kisah kasut Cinderella," tulis Rickydawn Kent.
Rachael Swish pula berkata: "Ini adalah versi Skegness mengenai sesiapa yang muat ‘selipar’ itu."
Ada juga pengguna Facebook yang bergurau sambil memberitahu rakan mereka bahawa gigi palsu yang hilang sudah ditemui.- mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wfHwUR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment