“Dia tak boleh cuba. Dia bukan Islam. Kita tak tau peluh dia mcm mana dikkk. Apa dia makan”
Islam bukan tiket utk menghina bukan Islam….
Ini kisah benar. Berlaku dekat aku sendiri, tanggal 12aug2017.
Jika sesiapa ikuti fb aku. Ampa tau yg kawan aku datang dari Korea untuk jalan2 di Malaysia. So, dengan masa yang ada. Aku sempat bawa dia jalan2 sekitar KL dan Melaka shj.
Semasa di Melaka, ceritanya begini….
Km ke Pahlawan Walk untuk shopping. Kawan aku tertarik dengan seluar panjang corak ala2 batik. So, km pun pergi dari satu kedai ke kedai (11Aug). Semasa beli, ada yang kwn aku cuba. Ada yang tidak. Di melaka shj, dia beli 5 helai. Semua di kedai berbeza. So di kedai terakhir, memang dah tak larat cuba. Cuma pilih corak dan terus bayar.
Malamnya sebelum tidur. Dia mencuba semua seluar yang dibeli. Malangnya seluar terakhir yg dibeli jahitannya cacat. Jahitan dibahagian cawat seperti bertindih. So bila pakai akan jadi tertarik ke dalam. Senang cerita rejek lah. Ampa faham tak keadaan seluar itu mcm mana?
12Aug. Cerita bermula….
Sebelum lunch kami ke kedai berkenaan semula dan bagitau masalah seluar tu dan minta tukar. Lepas aku bgtau, makcik (btw xde la makcik sangat. Umur sekitar lewat 40an. Aku panggil kak je kt dia. Tp sbb benci. Skrng ni aku panggil makcik la.kahkah) tu dah buat muka. Tp aku sabar je dan just ignore.
Lepas tu kawan aku pilih seluar lain. Kami cek jahitan kat cawat tu macam bertindih juga, tapi sikit je. Tak seteruk seluar smlm. Dan aku bagitau makcik tu kawan aku nk cuba. Dia tak kasi. Dia kata memang tak bole cuba. Semua barang kedai dia tak boleh cuba. Ok, aku cakap kat kwn aku pilih yang lain la sebab tak boleh cuba.
Dalam waktu tu, ada satu local family datang dan nak beli baju untuk anak dia. Dan makcik tu kasi depa tu cuba. Aku pon aikkk..apsal depa boleh cuba tp kwn aku nk cuba dia tak kasi. Aku pon cakap la, aik tadi kata tak boleh try?!
Ampa nak tau apa makcik tu cakap???
Makcik: “Kita tak tau peluh dia mcm mana dikkk. Apa dia makan. Orang dah taknak beli kalau seluar tu dah dicuba oleh orang macam dia. Ini seluar yang adik datang tukar ni pun saya dah takleh jual. Sebab dia dah cuba”.
Aku masih kurang faham apa maksud sebenar makcik tu (blur sikit time tu). Lalu aku pun kata, “Laahh..kenapa plak? Lagipun seluar tu mmg dah rejek. Takkan masih nak jual? Takpe la cmni kasi kawan sy cuba. Tak buka seluar. Seqelom kat luar je. Sebab nanti kalau tak ok. Dah xde masa nak dtg tukar.”
Makcik: “Adik ni tak faham la (nada dia dah tinggi masa ni)… Dia tak boleh cuba. Dia bangsa asing. Bukan agama Islam. Peluh dia. Kulit dia. Tak macam kita. Kita tak tau apa dia makan. Apa dia minum. Adik kena amik berat benda ni!”.
Aku tergagam. Terkejut. Tatau nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Watdehell lah makcik. Apa ko pikir ha? Hadis mana ko baca? Mazhab mana ko ikut haa? Shittt betul!
Aku jawap: “1st time saya jupe orang macam makcik. Membezakan manusia dari segi agamanya. Kalau mcm ni, saya rasa better makcik bg je duit dia balik. Sebab kita pun taktau duit dia dari mana. Halal ke tak. Ye dak?”
Makcik: “Bagi duit tak boleh. Tukar barang je boleh. Barang rm25 je dik. Bukan rm250. Pilih je la seluar mana. Tukar je.”
Aku: “Sbb rm25 lah sy suruh bg je duit balik. Bkn byk pun. Takut duit tu duit haram je. Sbb dr dia kan. Duit taknak kasi, seluar tak bg cuba. Pelik sungguh makcik ni”.
Makcik: “Nak cuba, cuba la. Tp ok ke x ok kena ambil jugak”.
Aku: “Mudahnya cara makcik meniaga yer.” (kataku sambil senyum sinis)
Maka, aku suruh lah kawan aku pilih yg bhgn cawat nampak ok. Dan dia cuba. (Dia just try pakai kot luar saja. Double dgn seluar yg dipakainya). Mujurlah ok. So aku terus amik seluar tu dan tarik tangan kawan aku dan blah dari situ.
Dah malas aku nk bertekak dengan orang mcm tu. Buat sakit hati je. Silap aku. Lupa amik pic kedai dan muka dia yang konon suci tu. Aku dah shaking2 nak marah! Lupa hbs laah!
Mulanya aku tak cerita apa2 dekat kawan aku. Tapi, dia tanya aku berkali-kali dan dia kata muka aku lain sangat dan suara aku shaking seperti ada sesuatu yang serius.
Aku masih diam. Sampailah km berjalan hampir ke kedai mkn. Dia terus bertanya aku. Dia seperti kecewa aku tak cerita apa2… Akhirnya aku mengalah, aku cuma cerita part makcik tu tak bg dia cuba seluar tu sebab dia non muslim. Yang lain aku tak cerita.
Lantas mula dia berubah, dan dia kata awat tak bgtau tadi. Kalo dia tau, dia nk tinggal je seluar tu dan tnjuk middle finger kat makcik tu
Ampa bayangkan kalau dia tau semua cerita sebenar. Apa dia rasa…Bersalah plak aku cerita even dekat part non muslim tu je..
Selesai makan, aku say sorry kt dia atas kelakuan makcik tu dan bgtau dia spttnya aku x cerita kt dia hal ni. Juga aku harap, benda ni tak spoil mood dia harini (walaupun mood aku dah ke laut…)
P/s: Aku harap, biarlah makcik tu tak buat hal yang sama dekat non muslim yg lain, lagi2 foreigner. Kemon la makcik, kita hidup tahun 2017 dah ni. Di Malaysia pulak tu. Macam2 agama dan bangsa ada dalam Malaysia ni. Emm….
Sungguh…aku malu…..
Maafkan aku wahai sahabat….
Sumber: Ayus Fairus
Sumber “Dia tak boleh cuba. Dia bukan Islam. Kita tak tau peluh dia mcm mana dikkk. Apa dia makan”
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wfX4ba
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment