Najib umum Isnin, 4 September 2017 sebagai cuti umum sempena juara keseluruhan Sukan SEA
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 4 September sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).
Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan selepas mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa sekali gus mengetepikan juara bertahan Thailand di kedudukan kedua.
“Saya bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak mendapat cuti umum.
“Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang maka dengan ini saya bagi pihak kerajaan mengumumkan cuti umum pada hari Isnin ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Ambang Kemerdekaan Ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada semua atlet negara serta semua pihak yang memastikan kejayaan Sukan SEA ke-29.
Sumber: Harian Metro
Sumber Najib umum Isnin, 4 September 2017 sebagai cuti umum sempena juara keseluruhan Sukan SEA
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wp0bL2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment