Lelaki Bunuh Diri Selepas Lepaskan Tembakan Di Konsulat China
LOS ANGELES: Seorang lelaki melepaskan tembakan di luar bangunan konsulat China di sini pada Rabu, sebelum bertindak membunuh diri di kawasan parkir kereta berdekatan, kata polis.
Tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi sebelum konsulat dibuka, kata Pegawai Michael Lopez dari Jabatan Polis Los Angeles.
Lopez berkata lelaki terbabit ditemui mati d idalam keretanya dan mempunyai kesan tembakan.
Pihak berkuasa belum mengenalpasti identiti penembak dan mempunyai beberapa butiran lain mengenai kejadian itu. Lopez berkata polis pada kebiasaannya tidak memberikat maklumatlanjut berkaitan kes bunuh diri.
Pada tahun 2011, seorang warganegara A.S yang berasal dari China telah ditangkap selepas polis mengatakan bahawa dia melepaskan tembakan di bangunan yang sama dengan pistol. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. - Awani
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2kW1r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment