Lelaki maut, motosikal ditunggangnya bertembung dengan Toyota Hilux
KOTA SAMARAHAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Kota Samarahan-Ensenggei di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, mangsa, Mohammad Bolhassan Ismail, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepalanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar di sini dari arah Simunjan.
Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah 4WD jenis Toyota Hilux tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa.
"Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah pada kepalanya.
"Pemandu Toyota Hilux tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u25ldS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment