Wanita Maut Akibat Suntikan Besarkan Punggung
Maut akibat mahu cantik. Seorang ibu, meninggal dunia, beberapa hari sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-32 berpunca daripada suntikan membesarkan punggung.
Latesha Bynum, meninggal dunia selepas hampir dua minggu terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat di hospital.
“Anak saya dibunuh,’’ kata ibunya, Bertie Bynum, 51, yang kecewa dengan kejadian terbabit.
Dia menjalani suntikan tersebut di sebuah klinik di Manhattan. Selepas menerima suntikan terbabit, Bynum dilaporkan mula mengalami pening dan sakit dada.
Bynum dikejarkan ke hospital namun disahkan mengalami mati otak dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat. Mesin itu telah dimatikan pada Khamis lalu, iaitu tiga hari sebelum sambutan hari lahirnya .
Menurut adiknya, Tymel Bynum, 26, kaki Bynum bertukar menjadi biru sebaik sahaja prosedur suntikan terbabit berakhir.
Susulan itu peguam keluarga berkenaan mahu tindakan diambil terhadap klinik tersebut dan mereka juga ingin tahu sama ada ia mempunyai lesen untuk beroperasi. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u1Lzzg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment