Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makanan kegemaran ramai ini menggandakan risiko kematian awal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makanan kegemaran ramai ini menggandakan risiko kematian awal

Image result for Makanan kegemaran ramai ini menggandakan risiko kematian awal


Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam the American Journal of Clinical Nutrition mendapati tabiat memakan kentang goreng (French fries) boleh meningkatkan risiko kematian awal.

Kajian yang mengikuti warga Amerika berusia antara 45 hingga 79 tahun sepanjang lapan tahun itu memerhatikan tabiat pemakanan setiap peserta dan mendapati memakan kentang goreng sebanyak dua hingga tiga kali seminggu berkait rapat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.
Tabiat pemakanan tidak sihat itu bukan sahaja terhad kepada French fries malah melibatkan hash brownscurly friespoutinetater tots dan waffle fries.
Sepanjang lapan tahun, 236 daripada 4,400 peserta telah meninggal dunia. Kadar kematian tinggi didapati melibatkan mereka yang kerap memakan kentang yang digoreng. Risiko kematian awal itu juga didapati lebih daripada dua kali ganda daripada biasa.
french fries menyebabkan kematian
Sebenarnya kentang merupakan sejenis makanan yang sihat jika dimasak dengan betul. Ini disebabkan kajian yang dijalankan itu mendapati peserta yang memakan kentang rebus, kukus atau bakar tidak mengalami sebarang peningkatan risiko kematian.
Kentang mempunyai nutrien, vitamin dan serat yang secukupnya untuk mengimbangi kesan kandungan glisemik yang tinggi sekiranya dimasak dengan cara yang sihat. Ini bertentangan dengan kentang yang digoreng kerana mengandungi lebihan garam dan minyak yang tidak baik untuk kesihatan.
makanan segera tidak sihat french fries kentang goreng tinggi risiko mati

Jadi, sekiranya anda mempunyai pilihan hidangan sampingan yang lain semasa makan di restoran, pilihlah kentang putar atau kentang bakar. Untuk hidangan yang lebih sihat, seeloknya gantikan dengan sayuran salad atau buah-buahan.
Jika anda tiada pilihan lain, makanlah kentang goreng itu ala kadar sahaja ya! Beringat-ingat sebelum terlambat.
Sumber : http://iluminasi.com


✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f6p7Cr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.