Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Mustahil Tunai Haji Dengan Simpan RM5' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Mustahil Tunai Haji Dengan Simpan RM5'





Menyimpan wang walaupun hanya RM5 sebulan. Demikian cara seorang warga emas yang sanggup menyimpan wang walaupun nilainya kecil ke dalam akaun Tabung Haji (TH) sejak 34 tahun lalu demi merealisasikan impian menjadi tetamu Allah.

Warga emas, Abdul Rahman Abdul Hamid, 62, berkata, amalan berjimat cermat yang dipegang ketika bujang akhirnya membuahkan hasil apabila hasil simpanannya itu membolehkannya ke Tanah Suci tanpa perlu meminjam mahupun berhutang.

Lebih menggembirakan, hasil simpanannya itu turut dikongsi bersama isteri, Norhayati Raja Abd Hamid, 51, yang turut serta menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersamanya.

Abdul Rahman berkata, walaupun gaji yang diperoleh ketika bujang tidak seberapa banyak, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menabung ke dalam akaun TH walaupun sekadar RM5.

“Pada mulanya, ramai ahli keluarga berasa mustahil apabila saya hanya menabung RM5 untuk pergi menunaikan ibadah haji.

“Walaupun ketika bujang pendapatan yang diperoleh tidaklah banyak, ia bukanlah penghalang untuk seseorang itu tidak mampu menunaikan Rukun Islam kelima ini,” katanya.

Dia yang menetap di Rembau berkata, apabila sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap, dia terus menabung sedikit demi sedikit sebanyak RM200 setiap bulan demi menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.

“Setelah bekerja, saya mulai membuat perancangan awal untuk membahagikan hasil perbelanjaan buat keluarga dan jika ada lebihan wang, saya akan terus menabung ke dalam akaun TH.

“Secara jujurnya, saya bukanlah datang daripada keluarga senang tetapi hasil usaha yang dikumpul sejak zaman bujang akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i0JguW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.