Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Simpan Hidupan Liar Tanpa Lesen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Simpan Hidupan Liar Tanpa Lesen


KUALA LUMPUR - Seorang operator kilang hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan menyimpan 11 hidupan liar tanpa lesen iaitu seekor kucing batu, tiga ekor musang pulut dan tujuh ekor lotong cengkung, Mac lepas.

Hakim Harmi Thamri Mohamad@Shaharudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Intan Mazura Mohd Mokhtar, 36 dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 48 bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

"Mahkamah harus melihat kepentingan awam dan hukuman yang dikenakan perlu menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang di luar ...jenayah hidupan liar harus dipandang serius," kata hakim.

Wanita itu yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera, didenda RM5,000 atau enam bulan penjara kerana menyimpan dua ekor musang pulut jantan tanpa lesen yang merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Pertuduhan mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi tiga pertuduhan menyimpan seekor musang pulut dan enam ekor lotong cengkung betina serta seekor kucing batu jantan, dia didenda RM10,000 atau 12 bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Intan Mazura juga didenda RM5,000 atau enam bulan penjara kerana menyimpan seekor lotong cengkung jenis jantan tanpa lesen.

Kesemua kesalahan itu dilakukan kediamannya di Jalan Ampang Kiri, Desa Pasifik, di sini pada 12.30 tengah malam, 28 Mac 2017.

Terdahulu, Intan Mazura yang diwakili peguam A.Prema merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda yang minimum dengan alasan ia adalah kesalahan pertama tertuduh serta dia juga telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Perhilitan Nur Ainaa Ridzuan memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam.

"Ada tujuan ketetapan lesen untuk penyimpanan spesies-spesies ini, ia akan pupus jika tidak dikawal. Kita tidak boleh buat apa-apa jika ia sudah pupus, ‘once its gone, it's gone’.

"Tindakan tertuduh menyebabkan gangguan kepada ekosistem fauna dan ia tidak boleh dipandang ringan," katanya. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f7Uz3s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.