Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penggunaan Teknologi Bagi Musim Haji Berjalan Lancar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penggunaan Teknologi Bagi Musim Haji Berjalan Lancar


MAKKAH: Tabung Haji (TH) mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan teknologi bagi memastikan operasi haji musim 1438 Hijrah berjalan lancar selaras dengan moto Pusat Maklumat Operasi agensi berkenaan, '’Çepat dan Tepat".

Pengarah Operasi Makkah 1438 Hijrah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata sebahagian daripada teknologi yang digunakan pada musim haji tahun ini, sudah diuji dalam projek perintis ketika musim haji lepas, dan terbukti berkesan dalam melicinkan operasi haji.

Beliau berkata sebagai antara penggerak utama operasi haji di Tanah Suci, lima komponen teknologi diaplikasikan secara agresif pada musim haji kali ini.

"Kita mempunyai perkhidmatan 'SMS Blast'… jemaah haji yang mempunyai kad sim Arab Saudi dan mendaftar nombor telefon mereka dengan kita (TH) akan mendapat mesej penting dan amaran berjaga-jaga yang memerlukan tindakan segera,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH Makkah di sini Selasa.

Selain itu, katanya penggunaan Sistem Bravo, iaitu penggunaannya seperti 'walkie-talkie’’atau 'push-to-talk’ (PTT). Sistem ini merupakan perhubungan penting dalam kalangan petugas yang menjalankan tugas di Makkah dan Madinah.

"Petugas akan mendapatkan maklumat secara serentak. Contohnya ketibaan jemaah di Jeddah, petugas di Makkah juga menerima maklumat itu melalui sistem Bravo,” katanya.

Beliau berkata TH juga menggunakan aplikasi dikenali sebagai "Haj Mobility” (laporan haji bergerak) yang sangat penting ketika Masyaír apabila berlaku pergerakan bas dari Makkah ke Arafah; Arafah ke Muzdalifah; Muzdalifah ke Mina, dan Mina ke Makkah, dengan semua itu dilaporkan menggunakan aplikasi di muat turun dalam telefon bimbit masing-masing.

"Maklumat jemaah haji dalam 'poket’ kita. Laporan pergerakan bas tidak perlu dilakukan di pejabat di hadapan komputer tetapi boleh dibuat di luar bangunan dan sebagainya. Laporan itu boleh dilakukan di lapangan dan dibuat dengan segera,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata, TH turut mengaplikasikan Sistem Maklumat Bersepadu, iaitu semua pusat pengurusan operasi boleh mengakses sistem berkenaan yang bertujuan melapor dan mendapatkan maklumat berkaitan segala urusan operasi haji di Tanah Suci Makkah.

Selain itu, beliau berkata aplikasi 'Dashboard Haji’ turut digunakan yang akan menjadi pusat penyimpanan data, dan bertindak sebagai pusat capaian untuk menyimpan dan menyalurkan maklumat jemaah haji.

"Sistem ini bukan sahaja untuk musim haji, tetapi selepas mereka pulang ke tanah air,” katanya bahawa melalui penggunaan pelbagai teknologi itu akan dapat memberi impak tambahan dalam kelancaran operasi haji musim ini.-Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hnbAr8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.