Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertajam Penyudah Berdepan Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertajam Penyudah Berdepan Singapura


KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempertajamkan penyudah menjelang aksi kedua Kumpulan A bagi acara bola sepak apabila berdepan Singapura di Stadium Shah Alam, malam ini.

Perkara itu diakui tonggak pertahanan Adam Nor Azlin yang menjelaskan tiada makna jika bermain dengan baik tetapi tidak dapat mencipta kemenangan.

“Saya fikir kami boleh bermain dengan corak hantaran pendek yang lebih baik selain perlu mempertajamkan penyudah.

“Jika hanya bermain dengan baik tapi tidak dapat jaringkan gol, kami tidak akan dapat mata.

“Bagi saya, banyak yang perlu diperbaiki untuk menentang Singapura nanti,” katanya yang meledak gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Brunei 2-1, kelmarin.

Adam muncul wira Malaysia apabila jaringannya pada minit ke-60 menjadi penyelamat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mengutip mata penuh.

Mengulas mengenai jaringan itu, Adam mengakui lega apabila dapat menebus kesilapannya yang membolehkan Zulkhairy Hady Razali meledak gol penyamaan Brunei pada minit ke-12 selepas Safawi Rasid meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketiga.

“Saya tidak boleh memikirkan kesilapan itu kerana ia boleh menjatuhkan moral sepanjang permainan dan syukur saya berjaya menebusnya dengan meledak gol kemenangan.

“Saya harap dapat beraksi lebih baik menentang Singapura dan tidak melepaskan gol mudah,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNg78j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.